Saturday 7 July 2012

Majlis Pelancaran 30 Judul Karya Asli Terbitan Institut Terjemahan Buku Negara, 3 Julai 2012

Pada 3 Julai 2012, selasa. Telah diadakan majlis Pelancaran 30 Judul Karya Asli Terbitan ITBN bertempat di Seri Perdana, Putrajaya yang dilancarkan oleh perdana menteri kita, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

Pelancaran 30 buah karya tersebut adalah termasuk Novel "Ke Pulau Sebatik 1".




Dato' Seri Mohd Najib bertanya pada saya, "Pulau Sebatik letaknya di mana?"  Saya menjawab, "Tawau."  
Dato' Seri Najib berkata lagi, "Oh, Sabah."  



Novel "Ke Pulau Sebatik 1"  sebuah karya yang membawa pembaca mengembara ke satu perjalanan masa yang indah dan tidak dapat dilupakan.

Friday 6 July 2012

Novel Ke Pulau Sebatik 1

Ke Pulau Sebatik 1, 

NOVEL setebal 133 helai muka surat ini, mengisahkan perjalanan pulang Ain Nur dari Universiti Malaya ke Pulau Sebatik, Sabah.  Perjalanan panjang itu mengamit sejuta rindu dan kenangan.  Sepanjang perjalanan menaiki teksi, tren LRT, bas dan terpaksa pula bermalam di Airport LCCT menambah kerinduannya pada keluarga dan Pulau Sebatik.  Semalam di LCCT, Ain Nur terkenang zaman kecilnya, keunikkan Pulau Sebatik dan pelbagai kisah lagenda, asal-usul, kisah dongeng yang selalu diceritakan oleh datuk padanya.  

Pukul 7.15 pagi, sekali lagi perjalanan Ke Pulau Sebatik diteruskan lagi menaiki pesawat AirAsia AK5152.  Sepanjang penerbangan dua jam empat puluh lima minit itu, rindunya semakin sarat dan kenangan terus menerpa.

10.00 pagi, Akhirnya Ain Nur selamat sampai di Lapangan Terbang Tawau.  Dapatkah Ain Nur bertemu dua insan yang amat dirinduinya?  Bagaimana kesudahan perjalanan Ain Nur seterusnya? 

Pastikan anda menemui jawapannya...




SELAMAT MENGGEMBARA KE PULAU SEBATIK!!